Orang Awam Temui Mayat Wanita Dibaham Buaya

Orang Awam Temui Mayat Wanita Dibaham Buaya

0
SHARE
Anggota Bomba mengangkat mayat manga lelaki keluar daripada air di Lahad Datu...

TAWAU, SABAH – Mayat wanita berusia 22 tahun yang dibaham buaya ketika sedang mandi di sungai berhampiran Kampung Serudung Laut, Kalabakan di sini, semalam, ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, PKPgB Julius John Stephen berkata kesan gigitan buaya amat ketara pada mayat mangsa, Fosanih Nansel.

Pihak Bomba daerah telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak menerima panggilan kecemasan ekoran tragedi 6 petang itu.

Mangsa dikatakan beriadah bersama ahli keluarga apabila tiba-tiba diterkam seekor buaya dan diheret masuk ke dalam air.

“Mangsa dijumpai oleh orang awam pada jam 8 pagi lebih kurang 300 meter daripada lokasi di mana beliau hilang…

“Operasi (SAR) tidak dapat dijalankan atas risiko kawasan kejadian pada hari insiden dan ditunda kepada hari ini,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 10.27 pagi.

Sekitar kawasan pencarian mangsa yang dibaham buaya di Tawau…

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kes yang berasingan di Lahad Datu pada Sabtu, pasukan Bomba turut dipanggil bagi mengangkat mayat seorang lelaki yang terapung di tepi laut berhampiran W Bay Payang.

Ketua Operasi, PBK II KUP Pomolis Polin berkata, panggilan berhubung kes diterima jam 11.28 malam.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Atan Henry. Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.31 tengah malam,” katanya.