Pemandu Grab Yang Juga Seorang Bilal Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Pemandu Grab Yang Juga Seorang Bilal Cetus Kluster Baharu Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemandu Grab yang juga dipercayai bilal di Masjid Al Falah, Kepayan telah mencetuskan kluster baharu yang mana menyumbang kepada da 265 kes harian positif COVID-19 baru, kelmarin (Sabtu).

Angka dilaporkan menurun 43 kes dari sebelum ini (Jumaat), namun empat (4) kematian direkodkan kelmarin iaitu dua (2) di daerah Kota Belud, satu (1) di Kuala Penyu dan satu (1) di Kota Kinabalu.

Tawau merupakan daerah tertinggi dengan kes baru (72), diikuti Kalabakan (46) dan Kota Kinabalu (34).

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 29 Mei 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Mengulas lanjut ‘Kluster Patuma’, Datuk Seri Masidi Manjin berkata ia mula direkodkan pada 18 Mei menerusi saringan bergejala di klinik swasta.

“Susulan kes itu, pasukan kawalan bertindak pantas dengan menjalankan saringan kontak dan mendapati 10 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes…

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah yang gagal mematuhi SOP ketat sepanjang berada di masjid terbabit.

“Selain itu, potensi penularan juga disumbang oleh segelintir jemaah yang masih hadir ke masjid walaupun mempunyai gejala,” kata jurucakap COVID-19 negeri Sabah.

Setakat hari ini, 133 sampel pertama telah diambil dan 33 sampel lagi masih belum selesai.