Impian Juventus Bawa Pulang Pogba, Tukar Dengan Ronaldo

Impian Juventus Bawa Pulang Pogba, Tukar Dengan Ronaldo

0
SHARE

TURIN, ITALI – Pelantikan Max Allegri sebagai pengendali baharu kelab bola sepak Juventus menghangatkan lagi ‘impian’ kelab itu membawa pulang Paul Pogba.

Pengendali berusia 53 tahun itu kembali bersama Juventus selepas Andrea Pirlo dipecat dari Old Lady.

Pirlo menjadi mangsa susulan kegagalan Juventus mempertahankan kejuaraan Serie A dan ‘cukup-cukup makan’ sahaja untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Allegri yang menjadi kegemaran penyokong merangkul lima kejuaraan Serie A berturut-turut di Turin selain membawa mereka ke pentas final Liga Juara-Juara sebanyak dua kali.

Allegri pernah bersama Pogba sebelum pemain tengah itu menyertai Manchester United dan kini kontraknya hanya berbaki setahun di Old Trafford.

Calcio Mercato melaporkan Juventus memiliki beberapa pemain untuk disasarkan namun membawa pulang Pogba akan menjadi ‘impian’ mereka.

Laporan itu juga turut menyebut Cristiano Ronaldo akan ‘ditukarkan’ dengan dia akan kembali ke Old Trafford.

Pemain lain yang menjadi sasaran mereka adalah Manuel Locatelli (Sassuolo), Rodrigo De Paul (Udinese) atau bintang Turki, Hakan Calhanoglu.