KEJAM!!! PEKERJA DIBELASAH DAN DIACU PISTOL KERANA BERPUASA

KEJAM!!! PEKERJA DIBELASAH DAN DIACU PISTOL KERANA BERPUASA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sejak malam tadi umat Islam di seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita tindakan KEJAM majikan yang bukan beragama Islam telah membelasah teruk dua orang pekerjanya hanya kerana BERPUASA di lobi One KL Condominium, Jalan Pinang, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 10 malam tadi di, kedua-dua mangsa yang juga adalah Pengawal Keselamatan kepada majikan mereka telah dimarahi dan ditampar serta ditumbuk apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya majikan sama ada mereka berpuasa atau tidak.

Memetik pada laporan polis yang dibuat oleh pengadu, dia dan rakannya terus dipukul dengan ugutan dari majikan mereka dengan kata ‘U mahu ikut Allah atau U mahu ikut saya, tengok dia bole kasi u gaji ke?’ dan juga telah diacukan pistol sambil mengatakan ‘Saya boleh tembak sama U, Tengok Allah boleh tolong ke?’.

Dalam pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum dipukul dengan sebatang rotan.

“Apabila sampai di rumah suspek (majikan), pengadu dan rakannya dipukul di bahagiana belakang badan dengan sebarang rotan dan juga diacukan pistol.

“Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata lagi bahawa siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terbabit bekerja di sebuah syarikat dikenali sebagai GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek.

“Kedua-dua mereka sudah berkerja dengan suspek selama tiga hingga tujuh tahun lalu dan punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mangsa dan rakannya berpuasa pada bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa…

“Suspek juga telah merampas sepucuk pistol jenis Glock milik seorang daripada mangsa dan mengacukannya ke arah mangsa sambil membuat ugutan bunuh,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan direman di Mahkamah Klang hari ini (Khamis).

Sementara itu, Polis Klang Selatan ingin menegaskan bahawa kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum…

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang,” katanya.