Tun Juhar Terima Kunjungan Yang di-Pertua Melaka

Tun Juhar Terima Kunjungan Yang di-Pertua Melaka

0
SHARE
Juhar
Tun Mohd Ali (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (dua dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, pada Khamis.

Ketibaan Tun Mohd Ali ditemani isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman di Istana Seri Kinabalu pada jam 9.55 pagi itu turut disambut oleh Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan seterusnya mengadakan pertemuan selama 25 minit bersama Tun Juhar di Bilik Kunjungan istana berkenaan.

Mengakhiri kunjungan hormat itu, Tun Mohd Ali dan isteri juga menghadiri Majlis Santapan Tengahari bersama Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni pada 10.30 pagi di Dewan Seri Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH