Sabah Catat Sedikit Kenaikan Dengan 761 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Sedikit Kenaikan Dengan 761 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 naik 56 hari kes ini (9 Okt) menjadikan kumulatif bagi Sabah ialah 761 KES.

Ini selepas jumlah kes kelmarin menurun 115 kes berbanding pada hari Khamis.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, banyak daerah mencatat penambahan kes.

“Kota Kinabalu kembali mencatat jumlah kes tiga angka kepada 104 (+20). Tuaran 59 (+29), Ranau 54 (+9), Tenom 52 (+22), Keningau 45 (+9) dan Lahad Datu 42 (+7)…

“Kawasan bandar yang lain seperti Sandakan, Putatan dan Penampang juga menunjukkan pertambahan tetapi pada kadar yang rendah. Di Tawau, kes menurun sebanyak 12 kes, daripada 32 kepada 20 kes,” katanya.

Beliau juga berkata jangkitan dalam komuniti kekal tinggi.

Pada hari ini hampir 38 peratus (38%), iaitu 286 kes daripada adalah melalui saringan bergejala.

Peratusan kes yang diperolehi melalui saringan kontak rapat pula sebanyak 54.1 peratua.

“Tidak terlalu jauh bezanya dengan jumlah kes daripada saringan bergejala…

“Di Kota Kinabalu, 41 daripada 104 kes adalah kes melalui saringan bergejala, Putatan, 11 daripada 22, Tawau, 11 daripada 20, Sandakan, 16 daripada 33, Lahad Datu, 19 daripada 42, Kota Belud, 36 daripada 80 dan Ranau, 21 daripada 54.

“Seperti yang dinyatakan beberapa kali, apabila virus sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ (perintah kawalan pergerakan) bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan Covid.

“Lockdown adalah satu-satunya pilihan terbaik dalam ketiadaan vaksin,” jelasnya.

Beliau berkata lockdown mampu mencapai matlamat sifar kes di lokaliti tertentu sebelum virus berada dalam komuniti sehingga kemunculan varian baru yang lebih merbahaya dan mudah menjangkit seperti varian Delta.

“Peratusan kes melalui sariangan bergejala yang tinggi di banyak daerah harus menjadi satu peringatan kepada masyarakat agar berhati hati bila berada di khalayak ramai…

“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP). Amalkan penjagaan kesihatan diri.

“Anggap diri kita sebagai ‘frontliners’ dalam usahan membendung penularan COVID-19.

“Elak menjadi pembawa virus ke rumah kita sendiri dan menjangkiti orang yang tersayang,” tegasnya.

Beliau berkata jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 75.4 peratus ataupun 574 kes.

“Jumlah kes yang rendah dalam Kategori 3, 4 dan 5 adalah bukti keberkesanan vaksin.

“Walaupun mereka yang sudah diberi vaksin masih boleh dijangkiti tetapi hampir keseluruhan mereka yang dijangkiti tidak akan mengalami kesan dan simptom yang serius atau mengancam nyawa kecuali mereka yang memang menghadapi penyakit lain,” kata beliau.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 104 (84)
Kota Belud – 80 (82)
Tuaran – 59 (30)
Ranau – 54 (45)
Tenom – 52 (30)
Keningau – 45(36)
Lahad Datu – 42 (35)
Kota Marudu – 35 (59)
Sandakan – 33 (30)
Papar – 30 (27)
Pitas – 29 (26)
Penampang – 24 (20)
Beaufort – 23 (19)
Putatan – 22 (9)
Tawau – 20 (32)
Beluran – 15 (17)
Tambunan – 14 (16)
Telupid – 14 (18)
Kinabatangan – 14 (14)
Kudat – 14 (12)
Kunak – 12 (5)
Semporna – 8 (10)
Nabawan – 8 (11)
Sipitang – 4 (16)
Kuala Penyu – 3 (4)
Tongod – 3 (13)
Kalabakan – 0 (5)