Sabah Catat Semula Peningkatan Kes Baharu Positif COVID-19

Sabah Catat Semula Peningkatan Kes Baharu Positif COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 di negeri ini melonjak naik selepas berlaku penurunan selama dua hari berturut-turut yang mana kelmarin (Khamis) telah mencatatkan sebanyak 248 KES baharu.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 64 kes iaitu daripada 184 kes sebelum ini (Rabu).

“Empat (4) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, satu (1) kes di Kunak dan satu (1) kes lagi di Kota Kinabalu,” katanya.

Tiga daerah yang mencatat kes tertinggi adalah Kota Kinabalu (60), Papar (49) dan Tawau (20).

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 17 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kawasan Semarak, Tawau dan Kampung Pengaraban di Kudat yang dijadualkan tamat pada 18 Jun dilanjutkan sehingga 2 Julai…

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan di kalangan komuniti dan kes-kes baharu masih dilaporkan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, dua (2) kawasan PKPD di Kota Kinabalu iaitu Kampung Tanjung Aru Baru dan Rumah Murah Kepayan; tiga (3) kawasan di Tawau iaitu Taman Milenium, Taman Wawasan dan Kampung Jawa Kongsi 10 ditamatkan.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 69 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.