Percubaan Untuk Ganti Kerajaan Dikala Pandemik Disifatkan Sebagai Tidak Bertanggungjawab – Presiden...

Percubaan Untuk Ganti Kerajaan Dikala Pandemik Disifatkan Sebagai Tidak Bertanggungjawab – Presiden PBS

0
SHARE
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Sabah (PBS) melihat percubaan untuk mengganti kerajaan dikala pandemik ini disifatkan sebagai sikap yang tidak bertanggungjawab, demikian menurut kata Presiden parti Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Rakyat tidak berminat pasal politik pada waktu ini tapi lebih kepada cara mengatasi wabak COVID-19 dan pemulihan sektor ekonomi,” katanya.

Menurut pemerhatian Maximus, barisan pemimpin pihak pembangkang juga sedar perihal kesihatan rakyat yang perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum berpolitik.

Apabila ditanya tentang persidangan semula Parlimen selepas penamatan tempoh darurat pada 1 Ogos nanti Maximus menjawab semuanya itu terpulang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita ada undang-undang berlandaskan perlembagaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia masih ketua kerajaan yang memimpin…

“Dia (Muhyiddin) bertanggung jawab menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang gerak langkah wajar seterusnya,” katanya dalam sesi temu ramah secara maya.

Dalam pada itu Maximus berkata PBS akan terus berkerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita (PBS) menikmati hubungan baik ini sebagai rakan kongsi seperjuangan dan ini sesuatu pemerkasaan bagi Sabah,” kata Maximus mengucap kesetiaan pada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.