JUNZ WONG DIKECAM MAKIN KUAT BERBOHONG DAN TERUS BUAT FITNAH

JUNZ WONG DIKECAM MAKIN KUAT BERBOHONG DAN TERUS BUAT FITNAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas berperang dengan menabur FITNAH ke atas Ketua Bahagian UMNO Putatan; Jeffery Mohamed termasuk Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru; Mohd. Reduan Datuk Haji Aklee kononnya gagal membantu mangsa kebakaran di Tanjung Aru, terkini ADUN Tanjung Aru; Junz Wong menjadikan pula Parti BERSATU Sabah sebagai sasaran terbaharu fitnah beliau.

Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffery Mohamed mengecam tindakan Junz mempertikaikan bantuan UMNO ke atas mangsa kebakaran Tg Aru…
Junz Wong mengelak cabaran debat oleh Ketua Pemuda UMNO Mohd Reduan Aklee…

Sinonim dengan panggilan ‘Junz Wong dan Parti Warisan tanpa FITNAH tidak akan kenyang’ serta panggilan ‘FITNAH dan Warisan berpisah tiada’, Junz Wong dilihat sekali lagi menabur fitnah melalui laman sosial Facebook miliknya.

Terbaharu, Junz Wong dalam satu hantaran melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini menulis; “Misi bantuan diteruskan, GRS telah tarik balik peruntukan DUN kesemua ADUN-ADUN Warisan. Ini fakta dan hakikat.”

“Wang itu telah disalurkan kepada Ketua Bahagian PPBM di kawasan masing-masing. Ini juga fakta dan hakikat”.

“Tapi apa jua cabaran dan halangan yang disengajakan oleh GRS, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya dalam Warisan tidak akan berputus asa”.

FITNAH yang dibuat oleh Junz Wong melalui satu hantaran pada Facebook miliknya…

Menjawab FITNAH tersebut, Khairul Firdaus Akhbar Khan (Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah) berkata; “YB Junz Wong jangan pura-pura lupa dengan peruntukkan RM100 ribu yang diberikan oleh Kerajaan GRS kepada setiap ADUN pembangkang beberapa bulan dahulu untuk mereka membantu rakyat di kawasan masing-masing.”

Khairul Firdaus Akbar Khan…

“Kerajaan WARISAN sewaktu menerajui kerajaan Sabah tidak pernah memberikan sebarang peruntukkan kepada ADUN-ADUN UMNO, BERSATU, PBS dan STAR dan ini adalah fakta…

“Sebagai seorang wakil rakyat, Junz harus matang dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Setiap ayat yang dilontarkan itu boleh mencerminkan jenis kepimpinan pemimpin itu sendiri,” tambah Khairul Firdaus.

Menurut aktivis masyarakat lainnya pula, ini bukan kali pertama Junz berbohong dan menabur fitnah.

Mengimbau kembali semasa Junz masih bersama DAP dan menjadi ADUN Likas, Junz turut berbohong dan membuat fitnah kononnya negeri Sabah tidak selamat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas seorang wanita ditetak oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kompleks membeli-belah Suria Sabah.

Fitnah itu dilakukan oleh Junz Wong pada 06 Jan 2014 sehingga menyebabkan kegusaran penduduk Kota Kinabalu pada ketika itu.

Junz Wong memuat satu kenyataan FITNAH di laman media sosial Facebook miliknya pada 06 Jan 2014 sehingga menyebabkan penduduk berada dalam kerisauan pada ketika itu…

Walhal, cerita sebenarnya adalah wanita tersebut telah menetak dirinya sendiri selepas berhadapan dengan masalah keluarga.

Junz Wong minta maaf selepas BERBOHONG kononnya Kota Kinabalu tidak selamat selepas wanita ditetak, diserang dan dirompak di Suria Sabah oleh PATI…(Sumber foto ihsan daripada portal berita MStar.com)

Ini belum bercerita tentang pusingan ‘u-turn’ berhubung kes pembangunan Pantai Tanjung Aru, iaitu semasa Kerajaan Barisan Nasional mahu membangunkan pantai tersebut Junz telah membantah, tetapi apabila Warisan mengambil alih kerajaan negeri Sabah, Junz memberitahu pembangunan pantai tersebut melalui projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) adalah baik untuk pelaburan dan tidak pernah untuk membantahnya.

Junz membuat pusingan-U (u-turn) dengan mengatakan projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) adalah baik untuk pelaburan dan tidak pernah untuk membantahnya setelah menjadi Kerajaan…(Sumber foto ihsan daripada Borneo Post Online dan Borneo Today)

Sesetengah netizen turut menggelar Junz sebagai ‘Raja YB Pembohong’ yang merujuk kepada kekerapan Junz BERBOHONG dan MEMFITNAH.