Bapa Dan 3 Orang Anaknya Cedera Ringan Selepas Kereta Dinaiki Mereka Bertembung...

Bapa Dan 3 Orang Anaknya Cedera Ringan Selepas Kereta Dinaiki Mereka Bertembung Lori

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang bapa dan TIGA (3) orang anaknya cedera ringan selepas Isuzu D-Max yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Kundasang petang tadi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada pukul 3.40 petang.

Menurut Pegawai Operasi, PBK II Wasli Bin Saupin, seramai 12 orang anggota telah bergegas ke lokasi berhadapan sebuah kedai perkakasan (hardware).

“Mangsa pemandu dalam kereta Isuzu berumur 43 tahun, dan anak perempuannya 15, serta dua anak lelaki berumur 5 dan 13 tahun…

“Manakala dua (2) orang mangsa lelaki di dalam lori yang membawa muatan buah-buahan, berumur 35 dan 21 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata mangsa cedera telah diberi rawatan awal dan seterusnya di hantar ke Hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.15 petang tadi.