KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menzahirkan rasa sedih atas pemergian seorang lagi pemimpin sabah yang cukup berjasa, almarhum Tun Haji Sakaran Dandai hari ini selepas pemergian almarhum Datuk Lajim Haji Ukin kelmarin yang juga banyak sumbangan serta jasanya kepada negeri serta rakyat.
Menurut Presiden PRESBAH, Haji Yahya Ahmad, ujian pandemik COVID-19 ini cukup menguji kita semua dan cukup besar kesannya.
“Bagi saya, Tun juga banyak berjasa dalam syiar islam dan USIA.”
Beliau berdoa moga pemergian Almarhum Ayahanda Tun Haji Sakaran Dandai dilimpahi rimbun rahmat dan tergolong dalam golongan muttakin mukminin.
“Seluruh warga PRESBAH turut merasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum agar dapat bersabar bertabah atas ujian ini…
“Dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali,” katanya