China Sumbangkan Bekalan Perubatan Bagi Membantu Perangi COVID-19 Di Sabah

China Sumbangkan Bekalan Perubatan Bagi Membantu Perangi COVID-19 Di Sabah

0
SHARE
Bekalan perubatan tiba di ibu pejabat SAPP semalam, turut hadir ketika itu adalah dari kiri adalah Ahli Majlis Tertinggi Lim Kat Chung, Edward Dagul, Gee Tien Siong, Datuk Richard Yong, Nelson Marcellus dan paling kanan adalah Dexter Chin...(Sumber Foto: Borneo Post)

KOTA KINABALU, SABAH – Tanah besar Negara China membantu Sabah dengan menyumbangkan bekalan perubatan ke negeri ini bagi memerangi penularan wabak COVID-19.

Kedutaan Besar China semalam telah menghantar sebanyak 10,000 keping topeng, 400 helai pakaian pelindung (PPE), 200 helai termometer inframerah dan ubat tradisional Cina untuk melegakan gejala pesakit COVID-19.

Kesemua bantuan perubatan tersebut tiba di pejabat Parti Progresif Sabah (SAPP) semalam.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar China atas sumbangan mereka.

China telah memberikan pelbagai bantuan perubatan dan kesihatan kepada Malaysia.

Barang-barang tersebut akan diedarkan ke hospital, barisan hadapan (frontliners) dan individu yang memerlukan.

“SAPP berharap agar masyarakat terus berhati-hati dan mengamalkan langkah pencegahan. Jadikan kesihatan dan kesejahteraan sebagai keutamaan sepanjang masa,” kata Yong.