KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan 60 kes COVID-19 baharu berbanding semalam dicatat negeri Sabah hari ini dengan kumulatif sebanyak 691 KES.
Jumlah daerah yang mencatatkan penurunan adalah sebanyak 14 daerah manakala 13 daerah lagi mencatatkan peningkatan.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak ada daerah yang mencatatkan angka pada paras tiga (3) angka.
“Manakala, sebanyak tujuh (7) daerah mencatatkan kes baharu pada catatan satu (1) angka saja hari ini…
“Bandar-bandar utama di Negeri Sabah, Kudat, Kota Kinabalu dan Tawau merekodkan peningkatan kes namun ianya pada satu (1) angka saja.
“Bandar-bandar lain pula merekodkan penurunan kes pada hari ini,” katanya dalam sebuah rumusan harian.
Antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang ketara ialah Kota Marudu +26 kes, Pitas +26 kes, Ranau +25 kes dan Kunak +11 kes.
Manakala daerah yang merekodkan penurunan kes yang ketara pula ialah Sandakan -39 kes, Beaufort -29 kes, Kota Belud -24 kes, Putatan -18 kes, Penampang -15 kes, Lahad Datu -13 kes, Tenom -12 kes dan Keningan -10 kes.
Beliau berkata, kes yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam lepas ialah 466 kes atau 67.44 peratus daripada kumulatif harian. Selebihnya adalah kes yang didaftarkan selepas 2 hari keputusan diketahui.
Golongan pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 82 peratus daripada kumulatif hari ini.
Masidi terus menggesa masyarakat digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri yang telah digariskan.
“Ini agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat,” tegasnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 79 (74)
Ranau – 72 (47)
Kota Marudu – 53 (27)
Pitas – 52 (26)
Kota Belud – 51 (75)
Tuaran – 39 (48)
Tenom – 37 (49)
Keningau – 35 (45)
Kudat – 34 (25)
Lahad Datu – 33 (46)
Penampang – 25 (40)
Tawau – 25 (21)
Papar – 24 (18)
Beluran – 20 (17)
Sandakan – 19 (58)
Kinabatangan – 17 (8)
Kunak – 13 (2)
Tambunan – 12 (19)
Telupid – 12 (19)
Tongod – 11 (3)
Semporna – 7 (5)
Beaufort – 5 (34)
Putatan – 5 (23)
Sipitang – 4 (8)
Nabawan – 3 (8)
Kuala Penyu – 2 (0)
Kalabakan – 2 (6)