KOTA KINABALU, SABAH – Tiga kluster baharu dikesan di Sabah hari ini sementara jumlah kes baharu menunjukkan penurunan 87 kes dari kelmarin yang membawa kepada keseluruhan 1,665 KES.
Menurut, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, penurunan kes hari ini dipengaruhi oleh penurunan ketara sejumlah 229 kes di Kota Kinabalu.
Dengan itu, Tawau mendahului Kota Kinabalu sebagai daerah kes tertinggi dengan 245 kes.
“Tetapi ini bukan satu tren penurunan yang kekal kerana kes-kes baharu sentiasa turun naik setiap hari,” katanya dalam rumusan harian COVID-19 Sabah.
Jumlah kes di Sandakan naik dua kali ganda ke 244 kes dimana 65.2 peratus adalah melalui saringan kontak rapat.
“Manakala kes di Kinabatangan naik mendadak dari 15 kes ke 152 ekoran hasil saringan di kalangan penduduk Kluster Tangkuyan…
“Penampang berkurangan 100 kes hari ini tetapi Papar menambah 38 kes baharu. Kes baharu di Tuaran juga berkurangan sebanyak 55 kes begitu juga di Keningau dengan penurunan 31 kes.
“Tongod menambah 21 kes hari ini begitu juga dengan Tambunan (naik 18 kes) dan Kota Belud (naik 21 kes),” katanya.
Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah (55 peratus kes).
Sehingga semalam (Sabtu), 45.4 peratus atau 1,251,184 penduduk dewasa Sabah telahp memperolehi satu dos suntikan vaksin manakala 21.7 peratus (599,823 individu) telah melengkapkan suntikan dua dos.
Masidi turut menjamin bahawa peratusan penerima dua dos lengkap dijangka bertambah minggu hadapan.
Tiga kluster baharu yang dikatakan terlebih dahulu dikesan di Tangkuyan di Kinabatanga, Paka Kawiyan di Ranau dan Segama Batu 1 di Lahad Datu.
Berikut merupakan pecahan kes baharu positif COVID-19 hari ini (15 Ogos 2021) mengikut daerah sementara angka dalam kurungan merupakan jumlah kes baharu yang direkodkan kelmarin (14 Ogos 2021):
Tawau – 245 (261)
Sandakan – 244 (113)
Kota Kinabalu – 207 (436)
Kinabatangan – 152 (15)
Penampang – 128 (228)
Papar – 107 (69)
Kota Belud – 76 (55)
Keningau – 69 (100)
Tuaran – 56 (111)
Beluran – 46 (33)
Tongod – 44 (23)
Tambunan – 34 (16)
Lahad Datu – 34 (43)
Putatan – 30 (40)
Sipitang – 29 (36)
Telupid – 25 (11)
Kota Marudu – 23 (13)
Kalabakan – 22 (25)
Nabawan – 18 (1)
Beaufort – 18 (54)
Ranau – 16 (6)
Semporna – 15 (16)
Tenom – 13 (8)
Kunak – 8 (6)
Kudat – 3 (18)
Pitas – 2 (11)
Kuala Penyu – 1 (4)