Meskipun Turun Kepada 2,310 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Situasi Masih Tahap...

Meskipun Turun Kepada 2,310 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Situasi Masih Tahap Membimbangkan Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes di Sabah terus menurun, tetapi masih berada di tahap angka yang tinggi dan membimbangkan dengan catatan 2,310 KES baharu positif COVID-19 hari ini (30 Ogos) iaitu penurunan 268 kes berbanding kelmarin.

Saringan melalui kontak rapat kekal penyumbang utama dengan 1342 kes atau 58.1 peratus dari angka keseluruhan, demikian menurut Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Imbangan antara pesakit lelaki dan perempuan hampir sama, iaitu 1,202 dan 1,108 perempuan…

“Seramai 294 orang pesakit merupakan warga asing,” katanya dalam rumusan harian.

Daerah Tuaran menunjukkan penunrunan 210 kes berbanding 469 kelmarin diikutu Papar (turun 68 kes) dan Telupid (turun 59 kes).

“Tetapi Penampang naik 109 kes. Kes dalam Kategori 2 masih menjadi kumpulan terbanyak dengan 1485 kes…

“Masih ada keputusan kes dafar lewat antara dua hingga lima hari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata Masidi dan memperincikan jumlah itu sebanyak 1,358 hari ini.

Sehingga semalam 38 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2 peratus telah memperolehi satu dos.

Masidi berharap menjelang malam Hari Kebangsaan (esok) seramai 40 peratus (40%) penduduk dewasa Sabah dapat memperolehi vaksin yang lengkap.

Dalam pada itu, 19,268 kes dicatat seluruh negara pada hari ini yang mana Sabah masih menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 3,567 kes baharu positif COVID-19 hari ini (30 Ogos).

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (30 Ogos 2021) sebanyak 3,567 KES daripada keseluruhan 19,268 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30Ogos) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 536 (586)
Tuaran – 259 (469)
Sandakan – 252 (249)
Penampang – 237 (128)
Tawau – 148 (206)
Keningau – 113 (84)
Kota Belud – 98 (111)
Kota Marudu – 95 (52)
Lahad Datu – 80 (63)
Kinabatangan – 50 (38)
Papar – 49 (117)
Tenom – 47 (50)
Putatan – 44 (58)
Telupid – 42 (101)
Nabawan – 40 (28)
Sipitang – 38 (12)
Ranau – 37 (44)
Beaufort – 25 (20)
Pitas – 21 (35)
Beluran – 19 (5)
Kudat – 16 (23)
Tongod – 15 (48)
Kalabakan – 14 (18)
Kuala Penyu – 11 (5)
Kunak – 8 (12)
Tambunan – 6 (6)