VIDEO TULAR POLIS BURU INDIVIDU LARI DARI KAWASAN PKPD

VIDEO TULAR POLIS BURU INDIVIDU LARI DARI KAWASAN PKPD

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu TIGA (3) individu selepas melarikan diri dari sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Terdahulu, video TIGA (3) individu lelaki yang melarikan diri berkenaan sempat dirakam oleh penduduk setempat dan kemudian telah tular di media sosial Facebook sejak petang kelmarin.

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang jelas kelihatan tiga orang individu lelaki berusaha melepaskan diri daripada halangan kawat duri di kawasan yang telah dikenakan PKPD…

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek dipercayai seorang penagih dadah telah melarikan diri ke kawasan belakang sungai PPR terbabit sebaik sahaja melepasi kawalan kawat duri yang dipasang.

“Polis sudah menjalankan operasi dan sedang mengesan mereka untuk tindakan selanjutnya…

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya di sini hari ini