SABAH MENGALUKAN MINAT NORWAY TERHADAP SEKTOR PENGELUARAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI TEMPATAN

SABAH MENGALUKAN MINAT NORWAY TERHADAP SEKTOR PENGELUARAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI TEMPATAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengalu-alukan minat yang dinyatakan kerajaan Norway dalam sektor pengeluaran tenaga boleh diperbaharui Sabah.

“Norway terkenal dengan keupayaannya dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Duta Norway Morten Paulsen menyampaikan buku mengenai pulau Svalbard kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selepas mereka bermesyuarat…

Duta Besar Norway ke Malaysia, Morten Paulsen, menyatakan minat tersebut ketika bertemu dengan Ketua Menteri di Menara Kinabalu pagi tadi.

Setelah lebih seminggu berada di Sabah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBES), rombongan dari Norway itu turut mezahirkan rasa kagum dengan alam semulajadi Sabah.