Sabah Sambut Tahun Harimau Dengan Lonjakan Tinggi Kes COVID-19

Sabah Sambut Tahun Harimau Dengan Lonjakan Tinggi Kes COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tahun Harimau bermula dengan lonjakan tinggi jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi di negeri ini iaitu 123 lebih tinggi daripada kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pada Tahun Baharu Cina hari ini, jumlah kes baharu sebanyak 490 KES oleh kerana satu lagi satu lagi kluster institusi pendidikan diisytiharkan di Tawau.

“Kluster Jalan Apas Batu Lima melibatkan asrama MRSM Tun Mustapha. Kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan, tingkatan 5 berumur 18 tahun yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 26 Januari lalu…

“Saringan Kontak Rapat dikalangan rakan sebilik, rakan sekelas dan rakan karib telah dibuat dan mendapati seramai 11 orang lagi positif.

“Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai,” katamya dalam rumusan harian kes.

Menurutnya,Sandakan mencatatkan kes yang tertinggi dengan 141 kes iaitu peningkatan sebanyak 67 kes berbanding semalam.

“Peningkatan jumlah kes baharu yang banyak di Sandakan dipengaruhi oleh jumlah Kes Bergejala yang tinggi iaitu 93 kes…

“Ini menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti,” tegasnya.

Jumlah kes baharu melalui saringan simptomatik atau bergejala hari ini adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu 251 kes atau 51 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu Negeri Sabah.

“Daerah lain yang mencatatkan jangkitan baharu tinggi ialah Kota Kinabalu dengan 61 (-23) kes, Penampang 54 (+37) kes dan Tuaran (50) kes…

“Sehingga kini, terdapat 19 kluster aktif di seluruh Sabah dengan 13 daripadanya adalah kluster institusi pendidikan,” jelasnya.

Katanya sebagai langkah berjaga-jaga, pelajar lain yang merupakan kontak rapat juga telah diarah untuk diasingkan walaupun setakat ini saringan tidak menunjukkan mereka dijangkiti.

“Punca penularan masih lagi dalam siasatan dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Terdapat empat (4) peaskit dalam Kategori 3 hari ini manakala tiga (3) kes berada dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Sandakan – 141 (74)
Kota Kinabalu – 61 (84)
Penampang – 54 (17)
Tuaran – 50 (50)
Tawau – 26 (25)
Lahad Datu – 19 (7)
Ranau – 18 (13)
Beaufort – 18 (10)
Putatan – 18 (17)
Kota Belud – 17 (19)
Papar – 14 (13)
Kota Marudu – 12 (6)
Telupid – 6 (9)
Kudat – 6 (0)
Kuala Penyu – 5 (4)
Kinabatangan – 5 (2)
Semporna – 4 (1)
Keningau – 4 (4)
Pitas – 4 (1)
Kunak – 3 (3)
Tenom – 3 (2)
Tambunan – 1 (3)
Nabawan – 1 (1)
Beluran – 0 (0)
Sipitang – 0 (2)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)