Lelaki Lebih Cenderung Menjadi Mangsa Ugutan Sebar Gambar Lucah

Lelaki Lebih Cenderung Menjadi Mangsa Ugutan Sebar Gambar Lucah

0
SHARE

MIAMI, FLORIDA – Golongan lelaki adalah lebih cenderung terdedah untuk menjadi mangsa ugutan ‘online scam’ sejak permulaan pandemik Covid-19.

Menurut berita United Press International, perkara tersebut didedahkan menerusi satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Victims and Offenders.

Jurnal tersebut mendedahkan bahawa MANGSA Akan Menerima pelbagai ugutan termasuk melibatkan penyebaran gambar lucah, video dan maklumat peribadi…

Penemuan kajian itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas lebih 2,000 penduduk dewasa Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020 dan 2021, ketika waktu kemuncak pandemik Covid-19.

“Ini menunjukkan bahawa lelaki berkemungkinan lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti online berbanding wanita ketika pandemik,” kata penulis bersama kajian dari Universiti Antarabangsa Florida, Asia Eaton.

Sementara itu, kajian tersebut turut mendapati bahawa golongan muda, berkulit hitam dan wanita asli Amerika selain lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) turut berisiko tinggi menjadi mangsa kepada jenayah siber yang digelar sextortion.

Sextortion merupakan satu bentuk peras ugut, di mana pemeras ugut mengancam untuk menyiarkan gambar-gambar atau video lucah serta peribadi sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Dalam pada itu, penyelidik bertanyakan kepada 2,006 reponden sekiranya mereka pernah menjadi mangsa jenayah sextortion yang didefinisikan sebagai tindakan mengancam untuk mendedahkan gambar bogel atau lucah sebagai pertukaran kepada pembayaran atau aktiviti seksual.

Daripada keseluruhan responden lelaki, 4.5 peratus mengakui pernah mengalami keadaan itu sejak permulaan pandemik, lebih ramai berbanding wanita sebanyak 2.3 peratus.