DATUK NILWAN KABANG MANTAN ADUN KUNAK MENINGGAL DUNIA HARI INI

DATUK NILWAN KABANG MANTAN ADUN KUNAK MENINGGAL DUNIA HARI INI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang meninggal dunia di hospital swasta Gleneagles Kota Kinabalu hari ini (19 Sept 2021) pada jam 3.45 pagi tadi.

Datuk Nilwan yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Sabah pada awal September yang lalu.

Selain mempunyai perwatakan sederhana dan bersahaja dalam kehidupan seharian, Allahyarham Nilwan juga seorang pemimpin yang sangat disenangi oleh masyarakat di kalangan masyarakat akar umbi dan seorang pemimpin veteran USNO dan UMNO Sabah.

Allahyarham Datuk Nilwan Kabang…

Terdahulu, Allahyarham Nilwan difahamkan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan jangkitan COVID-19 dan selepas lebih sebulan menerima rawatan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham telah bebas sepenuhnya dari jangkitan virus itu.

Pengurusan jenazah Allhayarham dijangka akan diuruskan di Masjdi Negeri Sembulan Kota Kinabalu hari ini.

Baru-baru ini, rakyat Sabah juga dikejutkan dengan kehilangan DUA (2) tokoh pemimpin veteran yang amat berjasa kepada negeri Sabah iaitu Tun Sakaran Dandai dan Datuk Seri Lajim Hj Ukin yang mana pemergian mereka disebabkan jangkitan COVID-19.