Sabah Terima Kunjungan Hormat Dari Rombongan Pelabur China

Sabah Terima Kunjungan Hormat Dari Rombongan Pelabur China

0
SHARE
Bung menyampaikan cendera kenangan kepada Tiong selepas majlis tersebut...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Dato Sri Bung Moktar Radin, petang kemarin menerima kunjungan hormat dari Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China Dato Seri Tiong King Sing bersama rombongan pelabur dari China.

Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut termasuklah soal pelaburan dalam beberapa sektor, antaranya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LRPB), di mana pada majlis yang sama, Tiong bersama rombongan turut diberikan perkembangan serta kemajuan pembinaan tiga fasa terawal yang sedang dilaksanakan di Sabah.

Tiong turut menyampaikan cendera kenangan kepada Bung selepas perjumpaan tersebut…
Tiong, Bung bersama rombongan diberikan taklimat mengenai perkembangan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo semasa perjumpaan itu…

Hadir sama pada perjumpaan tersebut adalah Duta Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, dan Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Mohd Jasmin Julpin, Pengarah Kerja Raya Ir.Ali Ahmad Hamid serta pegawai pegawai kanan kementerian.

“Pada sebelah malamnya, Dato Sri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag turut meraihkan rombongan tersebut dalam satu majlis makan malam di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu,” kata sumber terdekatnya.