Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19

Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Buat pertama kali juga sejak 4 Feb, jumlah kes harian di Sabah jatuh di bawah paras angka 400 hari ini dengan 339 kes, iaitu penyusutan sebanyak 82 kes berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun juga berkata ianya juga kali pertama tidak ada daerah yang mencatat kes baharu tiga angka sejak tarikh yang disebut.

“Secara keseluruhan, jumlah kes baharu menampakkan trend penstabilan dengan beberapa daerah mencatatkan penurunan kes harian yang agak baik…

“Ini termasuk Kota Kinabalu yang mencatatkan hanya 65 kes (-39), Putatan 8 kes (-19), Tuaran 37 kes (-18), dan Penampang 20 kes (-15).

“Antara daerah yang mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi daripada sebelumnya ialah Lahad Datu 12 kes (+12) dan Ranau 16 kes (+11).

“Sebagai satu peringatan, peratusan jangkitan sporadik susut sedikit hari ini tetapi masih tinggi pada 59 peratus,” katanya dalam rumusan kes.

Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes dua angka, sembilan (9) mencatatkan kes satu angka sementara daerah Semporna, Kunak dan Nabawan, tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu pada hari ini.

EMPAT (4) kluster turut diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Pintas Sembulan (Kota Kinabalu), Kluster Sutera 2 (Kota Kinabalu), Kluster Giram (Kunak) dan Kluster Kemburongoh 2 (Ranau).

hanya Tinggal 14 kluster yang masih aktif di Sabah.

Hanya dua (2) kes berada dalam Kategori 3, tujuh (7) kes dalam Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 65 (104)
Tuaran – 37 (55)
Papar-  27 (37)
Penampang – 20 (35)
Keningau – 20 (14)
Tawau – 20 (12)
Ranau – 16 (5)
Sandakan – 15 (17)
Kota Marudu – 15 (15)
Tambunan – 13 (12)
Lahad Datu – 12 (0)
Tenom – 12 (5)
Beaufort – 12 (25)
Sipitang – 11 (10)
Kota Belud – 11 (8)
Kuala Penyu – 9 (5)
Putatan – 8 (27)
Kudat – 5 (5)
Telupid – 3 (3)
Kinabatangan – 3 (3)
Kalabakan – 2 (2)
Beluran – 1 (8)
Pitas -1 (8)
Tongod – 1 (3)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (2)
Nabawan – 0 (0)