KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk TIDAK MEMBENARKAN aktiviti Bazar Ramadan di Sabah pada tahun ini.
Keputusan ini dibuat susulan daripada penularan virus COVID-19 di negeri Sabah masih dalam keadaan yang tidak stabil dan telah berlaku beberapa kluster akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian di samping tahap pematuhan SOP yang masih rendah keseluruhannya.
Kerajaan negeri Sabah menasihati orang ramai terutamanya di Sabah agar terus patuh kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan bersama-sama mengekang penularan virus COVID-19 ini.