
KOTA KINABALU, SABAH – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah menjadi platform mengeratkan silaturahim.
Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Rospiagos Taha berkata, hubungan yang erat perlu diteruskan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui suasana kerja yang harmoni serta kondusif.
Rospiagos memaklumkan pengurusan tertinggi sentiasa menyokong penganjuran majlis seumpamanya bagi memastikan hubungan baik di antara pengurusan tertinggi, anggota dan rakan strategik terus terjalin.
Beliau berkata demikian ketika sambutan majlis berkenaan yang berlangsung di Ibu Pejabat JPJ Sabah, pada Jumaat.
Hadir sama, Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Malaysia, Mohd Tarmizi Talib dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor. — JABATAN PENERANGAN SABAH





