KILANG SIMEN RM1.2 BILION PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI: KM HAJIJI

KILANG SIMEN RM1.2 BILION PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji menyampaikan geran tanah kepada wakil salah sebuah kampung di Tongod ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TONGOD, SABAH – Penubuhan kilang klinker dan simen bersepadu terbesar Sabah di Kampung Kawayoi Pinangah, di sini, akan membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sebaik beroperasi, kilang baharu itu akan melengkapkan kilang Cement Industries Sabah (CIS) Sdn Bhd sedia ada.

“Saya percaya kilang baharu ini bukan sahaja meningkatkan pengeluaran simen kami tetapi kami juga boleh menjadi pengeksport simen,” katanya.

Beliau menambah ianya merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah dan menarik pelabur ke negeri ini.

Hajiji berkata beliau mendapat inspirasi untuk menubuhkan kilang simen dari Pulau Pinang memandangkan ketersediaan sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan simen.

Menurutnya, seiring dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain juga akan disediakan seperti jalan menuju ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar, khususnya penduduk di Tongod.

Berucap pada majlis pecah tanah kilang di Kampung Penangah di sini hari ini, Ketua Menteri berkata projek itu juga akan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Projek itu sememangnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi bagi daerah dan Sabah, katanya sambil menambah ia juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar di negeri itu.

Beliau berkata melalui kesungguhan dan fokus kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar sebanyak 40 peratus.

Sementara itu, pada majlis sama, Ketua Menteri turut menyampaikan 83 geran tanah, dengan keluasan keseluruhan 461.1 (186.06 hektar) kepada penerima dari Kampung Kuamut (27), Kampung Penangah (21), Kampung Entilibon (25) dan Kampung Mananam (10).