SEC, ASB Sumbang RM200,000 Bantu Mangsa Kebakaran Sandakan

SEC, ASB Sumbang RM200,000 Bantu Mangsa Kebakaran Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Sabah Energy Corporation (SEC) dan anak syarikatnya Asian Supply Base (ASB) menyumbang RM200,000 kepada Tabung Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SEC Datuk Hassan A Gani Pg Amir kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dalam majlis di Sandakan.

Penyampaian sumbangan itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta beberapa pemimpin lain.

SEC berkata sumbangan itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap kebajikan rakyat selain pembangunan ekonomi negeri.