KOTA KINABALU, SABAH – Duta Besar Belanda ke Malaysia, Aart Jacobi, bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membincangkan potensi pelaburan di Sabah.
Niat itu disampaikan pada kunjungan hormat di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pagi tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong,Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jasmine Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layappan.





