Polis Kota Kinabalu Terus Pupuk Semangat Komuniti Bersama Warga Kampung Tanjung Aru

Polis Kota Kinabalu Terus Pupuk Semangat Komuniti Bersama Warga Kampung Tanjung Aru

0
SHARE
Polis
Zaidi (kiri) bertemu ketua-ketua masyarakat Tanjung Aru sebelum acara

KOTA KINABALU, SABAH – Polis daerah ini terus mengadakan sesi dialog secara berkala dengan masyarakat Tanjung Aru yang mendapat sambutan positif pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Bandaraya, ACP Mohd Zaidi Abdullah, orang ramai yang hadir melahirkan rasa puas, bersyukur dan berasa bahawa mereka didengari.

Beliau berkata, penganjuran tiga jam bermula 8.30 pagi itu menjadi medium untuk masyarakat mengemukakan pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan polis.

“Ia juga sebagai medium untuk masyarakat menyalurkan maklumat mengenai kebimbangan keselamatan serta membincangkan langkah pencegahan jenayah.

“Selain bertindak sebagai jambatan untuk memupuk hubungan, ia adalah satu cara untuk Polis Diraja Malaysia memupuk amalan layanan mesra serta untuk orang ramai mengenali kepimpinan polis Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir dalam kalangan 100 orang yang hadir ialah PPM Tanjung Aru Mohd Reduan Aklee dan Ketua Anak Negeri Tanjung Aru Yakob Harith serta ketua kampung dan masyarakat.