Mangsa Buaya Ditemui Tanpa Kaki Dan Tangan

Mangsa Buaya Ditemui Tanpa Kaki Dan Tangan

0
SHARE
Bomba
Mayat mangsa yang berjaya ditemui pasukan bomba - ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Hanya separuh mayat seorang mangsa lelaki ditemui selepas beliau dibaham seekor buaya ketika mencuci tangan dan kaki di Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, sini, tiga hari yang lalu (Selasa).

Rudi Amiruddin, 28, ditemui 1 kilometer dari mana beliau dikatakan disambar, pada 6.45 pagi tadi.

Kumpulan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk setempat.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, jarak pencarian kumpulan terbabit meliputi satu kawasan seluas 3.4 kilometer.

“Tiada litupan GIRN di lokasi kejadian kira-kira 70 kilometer (KM) daripada balai.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi,” kata seorang jurucakap dalam sebuah kenyataan.