KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan jari dua orang lelaki yang tersepit cincin dalam kes berasingan malam semalam.
Kes pertama, di Bahagian Kecemasan Hospital di Lahad Datu, melibatkan seorang kanak-kanak empat (4) tahun.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata panggilan kecemasan berhubung kes diterima pada jam 7.38 malam.
“Pasukan Bomba Lahad Datu bertindak memotong dan membuka ‘Flat Washers’ yang tersekat pada jari yang tersepit. Operasi tamat pada jam 8.18 malam,” katanya…
Kes kedua di Hospital Tawau melibatkan dewasa berumur 24 tahun yang mana sebentuk cincin tersekat pada Ibu jari tangan sebelah kiri.
PGO berkata pihak mereka menerima juga menerima panggilan kecemasan daripada Bahagian Kecemasan hospital terbabit pada jam 8.11 malam.
Menurutnya, operasi memotong cincin tersebut ditamatkan dalam tempoh hampir sejam.
“Anggota pasukan telah bertindak membuka dan memotong kedua-dua cincin tersebut menggunakan peralatan khas ‘Mini Grinder’,” katanya.
Jari kedua-dua mangsa mula membengkak dan berubah menjadi biru sebelum akhirnya meminta bantuan agensi penyelamat.





