Gara-Gara Ingin Berpoligami, Lelaki Palsukan Sijil Kematian Isteri

Gara-Gara Ingin Berpoligami, Lelaki Palsukan Sijil Kematian Isteri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki di Bali, Indonesia tergamak memalsukan surat kematian isterinya semata-mata ingin kahwin wanita baharu.

Memetik laporan Suara.com, lelaki bernama Suraji itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar.

Isteri Suraji, Diah Suartini memberitahu, dia hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan perkahwinannya bersama suaminya yang berumur 56 tahun itu selepas Suraji mengaku berkahwin lain dengan wanita bernama Hernanik.

“Saya pergi ke pejabat agama kerana saya hairan bagaimana suami boleh berkahwin lain sedangkan saya tidak memberi izin.

“Apabila diperiksa, rupanya nama saya telah ditulis sebagai meninggal dunia,” kata Diah…

Tambah Diah, sejak Suraji berkahwin baharu, kebajikan dia dan anak-anak sering terabai.

“Saya sakit hati. Dia menipu mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baharu.

“Kami sudah bersama selama 33 tahun selepas berkahwin pada 1 Ogos 1989, ujarnya.