SEDCO Serah RM277,000 Zakat Perniagaan

SEDCO Serah RM277,000 Zakat Perniagaan

0
SHARE
Sedco
Azrul (dua dari kiri) menyerahkan cek cura kepada Ramlan (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 277,697.16 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Penyerahan zakat secara berkelompok itu terdiri daripada anak syarikat kumpulan SEDCO iaitu SEDCO berjumlah RM200,000 Perkasa Realty Sdn Bhd berjumlah RM30,000 dan IIB Insurance Brokers Sdn Bhd berjumlah RM30,000.

Manakala, Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul perniagaan bagi tahun 2023 sebanyak RM17,697.16.

Penyampaian akad disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat, Iwansuzairie Hari di sini, pada Jumaat.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO, Datuk Seri Dr Arsit Sedi @ Sidik.

Dalam majlis tersebut, SEDCO juga menyampaikan sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan bernilai RM1,000 masing-masing kepada masjid, rumah kebajikan dan persatuan.

Turut menerima sumbangan ialah 30 orang anak yatim yang terdiri daripada pesakit Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah, pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II, Kelas Perdana Prospek Kaunselor serta penghuni Rumah Amal Kasih. — JABATAN PENERANGAN SABAH 

SHARE
Previous articleGuna Air Secara Berhemat – Mohd Fuad
Next articleJKNS Agih 800 Pek Bubur Lambuk
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.