Sembilan Pensyarah UMS Antara 2 Peratus Saintis Terbaik Dunia Pada 2022

Sembilan Pensyarah UMS Antara 2 Peratus Saintis Terbaik Dunia Pada 2022

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sembilan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) membanggakan institusi itu selepas mereka disenaraikan antara “2 Perstus Saintis Terbaik Dunia” di dalam senarai penyelidik cemerlang dalam pelbagai bidang dan disiplin berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh penyelidik dari Universiti Stanford yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sembilan ahli akademik itu disenaraikan di bawah kategori pencapaian tunggal tahun 2022…

Pengiktirafan ini adalah berdasarkan kepada beberapa indeks kecermerlangan penyelidikan.

Pensyarah UMS yang dipetik oleh penyelidik-penyelidik di universiti berprestij di Amerika Syarikat di bawah kategori pencapaian satu tahun 2022 ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly (Fakulti Kejuruteraan), Profesor Dr. Jason Teo Tze Wi (Fakulti Komputeran dan Informatik), Profesor Dr. Abdullah bin Gani (Fakulti Komputeran dan Informatik), Profesor Ts. Dr. Zainal Amiruddin bin Zakaria (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Profesor Dr. Duduku Karishnaiah (Fakulti Kejuruteraan), Profesor Madya Dr. Md. Shafiquzzaman Siddiquee (Institut Penyelidikan Bioteknologi), Profesor Madya Dr. Nurul Huda (Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan), Profesor Madya Dr. Pasupuleti Visweswara Rao (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Teo Siow Hwa (Fakulti Sains dan Sumber Alam).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata pencapaian itu akan dapat mengeratkan lagi interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa bersama industri untuk terus meningkatkan kecemerlangan akademik selain mewujudkan peluang penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tempatan dan global.

Pencapaian baru-baru ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UMS 2018-2022 untuk meletakkan universiti di landasan yang betul untuk mencapai keunggulan global dalam kedua-dua penyelidikan dan akademik.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pensyarah-pensyarah UMS yang telah banyak berusaha untuk mencapai pelbagai kejayaan dan menaikkan imej universiti di persada global.