SENTAP Lengkapkan Pegawai Penjara Ilmu Kepenjaraan

SENTAP Lengkapkan Pegawai Penjara Ilmu Kepenjaraan

0
SHARE
Penjara
Salah satu gerakan dalam SENTAP ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

LAHAD DATU, SABAH – Seni Tangkas Penjara (SENTAP) merupakan salah satu usaha untuk memperlengkapkan pegawai-pegawai dalam berbagai disiplin ilmu kepenjaraan.

Menurut Inspektor Penjara John Apasain SENTAP diperkenalkan pada Oktober 2002 oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan nama Gerak Tangkas Penjara (GTP) sebelum diubah kepada Seni Tangkas Penjara (SENTAP).

“Pergerakan dalam SENTAP menggabungkan beberapa seni mempertahankan diri yang terdiri daripada Seni Silat Melayu, Tae Kwan Do, Muay Thai serta teknik Control And Restraint (C&R).

“SENTAP diperkenalkan sebagai seni mempertahankan diri Jabatan Penjara Malaysia yang diimplimentasikan oleh semua anggota penjara seluruh negara” katanya.

Menurut beliau, persembahan SENTAP yang dipimpin olehnya itu menggabungkan 24 orang pegawai lain-lain pangkat dari seluruh Jabatan Penjara di Sabah.

“Aksi yang dipersembahkan sebentar tadi merupakan pergerakan asas bagi SENTAP yang melibatkan jurus 15, seni tari waja serta elakkan dan pukulan,” tambah beliau.

SENTAP dipersembahkan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama Toh Puan Norlidah R.M Jasni dalam Majlis Perasmian Kompleks Penjara Lahad Datu. — JABATAN PENERANGAN SABAH