Sentimen “Sabah Untuk Sabahan” Tidak Boleh Diguna Pakai – Ronald

Sentimen “Sabah Untuk Sabahan” Tidak Boleh Diguna Pakai – Ronald

0
SHARE
Roland
Ronald, Faizal dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika sidang media pada Ahad

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee menolak sentimen “Sabah untuk Sabahan” yang digunakan terhadap parti-parti yang berpangkalan di Malaya di Sabah.

“Ia (sentimen) telah lama diperjuangkan oleh parti-parti Sabah tetapi jika saya ingat, banyak kerusi dimenangi di bawah logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umun lalu.

“Di Sabah, ini bukan tentang jenama politik tetapi kebolehan kepimpinan untuk mengatasi isu-isu warisan seperti air, elektrik, jalan raya, banjir.

“Sabah berfikiran terbuka dan tidak mempunyai mentaliti anti-Semenanjung. Pengundinya sudah cukup matang untuk melihat bahawa mereka mengundi untuk pemimpin yang berwibawa.

“Sabah berada di bawah kepimpinan parti tempatan, USNO, Berjaya, PBS, Warisan…Kenapa mahu terus mewarisi isu infrastruktur asas?

“Seperti yang saya katakan, ia bukan tentang parti manapun tetapi pemimpin,” katanya pada sidang media di SICC pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata Bersatu Sabah akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri akan datang seperti yang diputuskan oleh majlis tertinggi gabungan itu.

Bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu manakala berkata Parti Warisan yang memukaman sentimen itu sejak melebarkan sayap ke Semenanjung beliau mempersoalkan perjuangan mereka.

Ronald ketika ditanya sama ada mereka akan bekerjasama dengan pihak lain, beliau berkata topik itu tidak timbul.