Seorang Lelaki Jadikan Kebolehannya Kentut Sebagai Kerjaya

Seorang Lelaki Jadikan Kebolehannya Kentut Sebagai Kerjaya

0
SHARE
Paul Oldfield yang lebih mesra dikenali sebagai Mr. Methane dalam Britain’s Got Talent...

LONDON – Seorang lelaki yang berasal daripada Britain meraih populariti dengan menjadikan kebolehannya yang mampu kentut secara kerap sebagai satu kerjaya.

Memetik portal berita Oddity Central, Paul Oldfield yang lebih mesra dikenali sebagai Mr. Methane menyedari kebolehannya itu pada usia remajanya ketika melakukan satu posisi senaman yoga.

Sewaktu membuat posisi ‘lotus’, Oldfield menyedari bahawa dia mampu menghirup dan menghembuskan udara melalui kedua-dua rongga pada tubuhnya.

Teruja dengan kebolehan itu, Oldfield kemudiannya kentut sebanyak 20 kali dalam tempoh seminit untuk sekumpulan rakan-rakannya.

Pada awal 1980-an, dia mula menjadikan kebolehannya itu sebagai kerjaya dengan membuat persembahan pembukaan untuk sebuah kumpulan muzik.

Dia juga membuat kemunculan dalam pelbagai parodi muzikal dan persembahan seperti Britain’s Got Talent dan Germany’s Das Supertalent.

Menurut seorang pakar usus dari Hospital Withington di Manchester, Dr. Whorwell, Oldfield mampu menyedut udara ke dalam usus besarnya melalui sfinkter terbuka dan menutupnya kembali sebelum mengeluarkan angin.

Dengan menggerakkan pipi punggungnya, lelaki itu belajar untuk mengubah nada kentutnya menjadi pelbagai jenis irama.