Keputusan ‘Menang-Menang’ Harap Dicapai Bagi Selesaikan Pembinaan Pra-Sekolah – Awang Aslee

Keputusan ‘Menang-Menang’ Harap Dicapai Bagi Selesaikan Pembinaan Pra-Sekolah – Awang Aslee

0
SHARE
Awang Aslee (tengah) mendengar penerangan pemimpin masyarakat di Kampung Sinapokan...

KUALA PENYU, SABAH – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berharap keputusan ‘menang-menang’ akan dapat dicapai bagi menyelasaikan isu tapak pembinaan pra-sekolah di Kampung Sinapokan, Menumbok di sini.

Menurut Beliau, atas arahan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin, beliau telah menemui pemimpin masyarakat di kampung tersebut yang turut dihadiri bersama Guru Besar Sk Sinapokan, Saiful Suari.

“Perbincangan telah dilakukan bersama mereka dan berharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan projek pembinaan prasekolah di kampung ini dapat dimulakan demi kepentingan anak-anak,” katanya selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk kampung dan pihak sekolah di sini kemarin.

Awang Aslee menemui penduduk di Kampung Tg. Aru semasa program lawatan itu…

Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno berkata, hasil perbincangan tersebut telah pun dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Mohamad Alamin…

“Kita berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan penyelesaian terhadap kemelut itu bagi membolehkan projek ini dapat diteruskan,” tambah beliau.

Selepas mengadakan perbincangan tersebut, Awang Aslee turut melawat bangunan kelas KAFA di Kampung Tanjung Aru yang dalam keadaan usang dan daif selain meninjau keadaan sistem perparitan di sekitar gerai dan bangunan surau lama di kampung itu.

Katanya, kerosakan bangunan dan sistem perparitan yang tersumbat sehingga mengakibatkan banjir apabila musim hujan perlu diambil perhatian pihak kerajaan untuk mengambil langkah pembaikan sewajarnya.