Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes Harian COVID-19 Sabah Dengan 2,107 Kes...

Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes Harian COVID-19 Sabah Dengan 2,107 Kes Dicatatkan Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 bagi Sabah kembali naik melepasi paras angka dua (2) ribu setelah menyaksikan penurunan selama TIGA (3) hari berturut turut.

Jurucakap Harian Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes hari ini sebanyak 2,107 iaitu kenaikan 263 kes berbanding kelmarin.

“Walaupun kes di Kota Kinabalu turun 61 (kes) tetapi kes di kawasan perbandaran lain seperti Sandakan, Penampang dan Keningau naik…

“Beberapa daerah lain juga mencatat pertambahan kes seperti daerah Kinabatangan yang mencatat 47 kes baharu,” katanya.

Daerah Kuala Penyu mencatatkan sifar kes iaitu sesuatu yang lama tidak dilihat bagi daerah di Sabah. Dalam pada itu, daerah Sandakan melangkah Kota Kinabalu sebagai daerah kes tertinggi dengan 308 kes.

Daripada keseluruhan kes hari ini, 1,088 kes adalah kes lewat daftar antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,141 kes atau 54.2 peratus kes hari ini.

“Di Kota Kinabalu, 40.1 peratus daripada kes daerah tersebut berpunca daripada saringan bergejala, Sandakan, 41.2 peratus, Tawau, 41.4 peratus dan Penampang, 52.7 peratus,” jelasnya.

Pesakit Kategori 2 yang teramai merangkumi kes hari ini iaitu sebanyak 1,322 kes atau 62.7 kes sementara enam (6) orang berada dalam Kategori 5.

Dalam pada itu, sebanyak 18,547 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (7 September) menunjukkan Sabah menjadi negeri KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia selepas Sarawak yang mencatatkan 3,200 kes baharu positif COVID-19, Selangor (2,407 Kes) dan Johor (2,174 Kes).

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SARAWAK mencatat kes tertinggi hari ini (07 September 2021) sebanyak 3,200 KES daripada keseluruhan 18,547 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Sandakan – 308 (234)
Kota Kinabalu – 282 (343)
Penampang – 167 (116)
Tuaran – 148 (234)
Tawau – 128 (115)
Keningau – 123 (69)
Papar – 95 (88)
Telupid – 93 (67)
Lahad Datu – 84 (70)
Putatan – 80 (45)
Kota Marudu – 75 (94)
Kota Belud – 75 (56)
Kinabatangan – 62 (15)
Ranau – 59 (41)
Nabawan – 45 (36)
Kudat – 42 (35)
Beaufort – 39 (16)
Tenom – 31 (29)
Beluran – 30 (32)
Kunak – 28 (16)
Pitas – 22 (12)
Kalabakan – 22 (8)
Tambunan – 20 (22)
Semporna – 18 (10)
Tongod – 16 (16)
Sipitang – 15 (16)
Kuala Penyu – 0 (9)