Savas Tuntut Hutang Daripada Atta Sehingga Sanggup ‘Sumpah’ Anak Cacat

Savas Tuntut Hutang Daripada Atta Sehingga Sanggup ‘Sumpah’ Anak Cacat

0
SHARE
Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar...

JAKARTA, INDONESIA – Isu hangat warganet kembali tertumpu pada Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah selepas munculnya seorang influencer yang tampil membuat dakwaan tuntutan hutang daripadanya.

Lebih mengejutkan apabila individu terbabit didakwa sanggup menggunakan anak yang tidak bersalah dengan ‘menyumpah’ anak yang kini berada dalam kandungan Aurel dilahirkan cacat.

Memetik laporan Tribunnews, individu yang dikenali dengan nama ‘Savas’ telah tampil menerusi satu video dan meminta Atta membayar hutang keluarganya yang berjumlah hampir RM200,000.

Individu berkenaan mendakwa hutang tersebut merupakan hutang yang dipinjam pada tahun 1997 oleh ibu Atta iaitu Lenggogeni Faruk daripada seorang individu yang dikenali dengan nama Umi Afif.

Tidak terhenti di situ, Savas memerli Atta agar Aurel tidak melahirkan anak yang cacat dek perbuatan mereka yang tidak melangsaikan hutang.

Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah ketika menjalani pemeriksaan kesihatan bayi mereka di sebuah klinik Indonesia baru-baru ini…

“Jangan lupa langsaikan hutang ibunya ke Umi Afif. Semoga anaknya tak dilahirkan cacat ya,” perli SAVAS dalam satu ucapannya

Dakwa Atta, dia langsung tidak tahu mengenai hutang yang dimaksudkan Savas malah dia juga seakan tidak percaya dengan khabar angin tersebut.

“Saya tak tahu, tak kenal. Hutang apa, saya tidak tahu. Saya dari kecil diajar supaya jangan berhutang,” kata Atta.

Sementara itu, Atta meminta agar pihak Savas menyediakan bukti untuk menunjukkan sama ada benar keluarganya ada berhutang ataupun sebaliknya.

Savas membuat dakwaan tuntutan hutang daripada Atta Halilintar…

Meskipun begitu, Savas pernah mendakwa bahawa tidak mempunyai sebarang bukti mengenai hutang terbabit kerana wang yang diberikan adalah secara tunai dan tanpa ada hitam putih.

Berikutan daripada itu, Savas meminta agar keluarga Atta melakukan ‘SUMPAH LAKNAT’ dan pihak yang terbukti bersalah pasti akan mendapat balasan daripada Tuhan.