THAILAND – Seorang lelaki tua terpaksa kayuh basikal beratus kilometer untuk pulang ke kampunga halamannya selepas dia diberhentikan kerja sebagai Pengawal Keselamatan di Thailand baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, ‘Wipaporn Rungchort’ kerana merasa tersangat sedih melihat keadaan warga emas itu mengayuh basikalnya sejauh ratusan kilometer setelah diberhentikan kerja.
Kelihatan pada perkongsian itu seorang lelaki tua yang masih lengkap memakai pakaian seragam pengawal keselamatan.
Menurut sumber, lelaki itu akan mengayuh basikal bermula dari wilayah Rayong ke Ubon Ratchathai yang mana akan mengambil masa berhari-hari.
Lelaki tua itu berada dalam keadaan yang sangat letih dan juga difahamkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman, demikian menurut Wipaporn Rungchort yang berkongsi perkara sedih itu.
Dikhabarkan juga bahawa penglihatan lelaki tua itu bermasalah, tetapi dia tidak mempunyai wang untuk mendapatkan rawatan.