Seorang Parah, 4 Cedera Ringan Selepas Alami Kemalangan Di Jalan Bintulu-Miri

Seorang Parah, 4 Cedera Ringan Selepas Alami Kemalangan Di Jalan Bintulu-Miri

0
SHARE

MIRI – Seorang wanita cedera parah manakala 4 lagi wanita cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kendiri di Batu 47 berhampiran Ladang Getah,Jalan Lama Bintulu-Miri awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu,Timbalan Penguasa Bomba,Di-Hatta Bin Gobel memberitahu dalam insiden kira-kira pukul 4.47 minit pagi itu, melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu.

Jelasnya, 4 orang mangsa berjaya keluar sendiri dari kereta tersebut manakala seorang lagi di bahagian tempat duduk pemandu tersepit namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Ambulans dari Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.