Seramai 1,299 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 TYT Sabah

Seramai 1,299 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 TYT Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang Ke-68 hari ini (2 Okt).

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah menerima darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Antara tujuh (7) penerima lain ialah isteri bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Yee Moh Chai dan Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali…

Seramai 66 inividu tersenarai sebagai penerima darjah kedua tertinggi negeri Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antaranya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan EXCO Kesihatan Sabah, Ir Shahelmey Yahya.

Tidak terkecuali, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr Zulkapli Mohamed; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin; Ketua Srikandi BERSATU Keningau, Amelia Ajun; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), S Karunanithy.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Mohd Jasmin Julpin; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Dr Jamili Nais; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Rusdin @ Musidi Riman.

Ketua Wanita MCA Sabah, Dr Pamela Yong; Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Frederick Kugan; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Titing Putang; Pengerusi (PUSPANITA) Sabah, Datin Dr Nuinda Alias; Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani.

Dr Pamela Yong…

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir; Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Yahya Sulaiman @ Ag Yahya Ag Timbang; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Panglima Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali; Panglima Lima Divisyen Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain.

Dalam pada itu, 10 individu menerima Jaksa Pendamai (JP). Antaranya merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei…

Sementara itu 95 lagi menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Antara mereka adalah Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Kurup; Setiausaha PAS Sabah dan ADUN dilantik, Dr Aliakbar Gulasan; Ketua Armada Bersatu Sabah dan ADUN Pintasan, Fairuz Renddan.

ADUN Lumadan, Ruslan Muharam; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi.

Dalam pada itu, seramai 233 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 346 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 400 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 142 orang menerima Sijil Kehormat (SK).