SFWDA Sedia Bantu Rakyat Pedalaman Sabah Untuk Menerima Vaksin COVID-19

SFWDA Sedia Bantu Rakyat Pedalaman Sabah Untuk Menerima Vaksin COVID-19

0
SHARE
SFWDA dalam ekspidisi menghantar dos vaksin pertama Sinovac ke Nabawan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan 4×4 Sabah (SFWDA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia membantu rakyat pedalaman Sabah untuk divaksin dengan jentera pacuan empat roda.

Presiden SFWDA, Faez Nordin berkata kerjasama itu terjalin sejak tahun 1982 lagi yang pada awalnya bermula sebagai tanggungjawab sosial koprat (CSR) mengangkut pegawai perubatan bagi pemeriksaan kesihatan tahunan penduduk kampung.

“Dengan kerjasama rapat ini timbul satu initiatif untuk membantu pihak KKM membawa vaksin ke kawasan pedalaman di mana permukaan rupa bumi menyukarkan pergerakan kereta biasa…

“Terdapat satu pusat kesihatan kampung pada setiap daerah tetapi tanpa kenderaan yang sesuai perjalanan terpaksa diteruskan menggunakan kaki,” katanya.

Katanya juga KKM mempunyai kenderaan pacuan empat roda mereka sendiri tetapi keadaan sesetengah jalan teruk hanya mungkin diredah kenderaan SFWDA yang telah banyak diubah suai.

“Kami sedia membantu sekiranya memerlukan pergerak cepat untuk masuk ke kawasan pedalaman,” tambah beliau.

Pada sabtu lepas SFWDA telah menyampaikan dos vaksin pertama pada 190 penduduk empat kampung di daerah Nabawan iaitu Penontomon, Nangkawangan, Layon dan Katalirus.

Tiga minggu dari sekarang pasukan SFWDA daerah Kota Kinabalu bakal kembali menghulurkan dos yang kedua.

Faez berkata keahlian persatuan mereka seluruh Sabah berjumlah sekitar 2000 individu.

“Perjalanan masuk ke kampung-kampung ini dari pekan Nabawan sahaja pun mengambil masa empat jam bergantung kepada cuaca. Perjalanan dari Ibu Kota ke Nabawan mengambil lebih kurang masa tiga jam…

“Hampir setiap daerah mempunyai pasukan SFWDA sendiri dan kami akan mengatur langkah dengan pihak KKM cara memudahkan operasi,” katanya.

Usaha ini kata Faez adalah secara sukarela di mana pihak persatuannya menanggung sendiri kos perbelanjaan minyak dan makan.

Katanya jikalau KKM punyai dana mereka akan menghulurkan sedikit sebanyak tapi SFWDA tidak pernah meminta.

“Desas desus expedisi seterusnya kami akan ke Long Pasia dan Pesiangan di mana selepas meredah jalan hutan, bot juga diperlukan untuk sampai ke kawasan mukim. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Nabawan mengambil masa sekitar tujuh jam…

“Kami membawa vaksin jenama Sinovac disimpan dalam peti ais kepunyaan kami sendiri yang berupaya sampai suhu serendah -20 darjah Celcius dikuasai oleh bateri kenderaan,” katanya.

Faez (tengah) menunjukkan peti sejuk mudah alih bersama ketua ekspidisi Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Anthony Wong (Kanan)…

Namun demikian kata Faez, kempen kesedaran dari agensi kerajaan sangat penting kerana beliau mendapati pada expidisinya ke Nabawan baru-baru ini bukan semua menerima baik vaksin COVID-19,

“Ramai yang tidak vaksin mungkin kerana kurang pendedahan tentang bahayanya virus COVID-19,” katanya ditemuramah SabahNews.