Siasatan Dana RM7.5 Bilion KKLW Bukan Memburu Pemimpin Politik

Siasatan Dana RM7.5 Bilion KKLW Bukan Memburu Pemimpin Politik

0
SHARE
Gambar Hiasan...

Siasatan Dana RM7.5 Bilion KKLW Bukan Memburu Pemimpin Politik…

1. Hanya kebetulan, mereka yang terlibat dalam penyelewengan dana sebesar RM7.5bilion adalah pemimpin parti politik.

2. Dalam siasatan penyelewengan dana itu, bukan terhad kepada pemimpin politik, seperti mana dakwaan para pemimpin parti Warisan Sabah, kerana siasatan menyeluruh meliputi semua pihak yang terlibat, termasuklah para pegawai kerajaan baik negeri mahupun Kementerian itu untuk jangka masa 2009 – 2015, para kontraktor dan pemilik puluhan syarikat.

3. Dijangka akan ramai lagi bakal ditahan untuk membantu siasatan, termasuk pemimpin politik.

4. SPRM mempunyai tugas berat untuk menyelongkar penyelewengan sebahagian dana itu yang dikatakan berjumlah antara RM1.5 – RM2.7bilion.

5. Isu dana RM7.5 Bilion KKLW menjadi isu besar, kerana projek-projek yang sepatutnya untuk rakyat luar bandar Sabah daripada Tahun 2009 – 2015, sepatutnya sudah dirasai rakyat, akan tetapi rakyat yang menanti-nanti kemudahan itu sejak berdekad lamanya, sekali lagi terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk mendapatkannya.

6. Memanglah, mereka yang ditahan untuk siasatan itu, belum tentu bersalah, kerana salah atau tidaknya mereka, hanya mahkamah yang boleh menentukan.

7. Mereka yang ditahan itu, hanya membantu siasatan untuk menangkap mereka yang benar-benar menjadi dalang kepada penyelewengan itu.

8. Dalam isu penyelewengan dana KKLW, SPRM memerlukan analisa forensik khususnya di lapangan, kerana peruntukan sudah habis dibelanjakan.

9. Nampak gaya, agensi pembasmi rasuah itu, akan memerlukan masa yang agak panjang sebelum boleh mendakwa mereka yang benar-benar terlibat sebagai dalang ke mahkamah.

– M.R

Ini adalah pandangan peribadi daripada kiriman seorang penulis dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Bongkar TV..