SJR Di Putatan, Penampang Dan Kota Kinabalu Ditutup – Hazani

SJR Di Putatan, Penampang Dan Kota Kinabalu Ditutup – Hazani

0
SHARE
Sekatan Jalan Raya (SJR) Kepayan telah ditutup hari ini, lalu lintas menuju ke Pusat Bandar Kota Kinabalu kini berjalan lancar...

KOTA KINABALU, SABAH – Lalu lintas kawasan Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu akan lebih lancar dengan penutupan beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di sini bermula tengah malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali bila dihubungi berkata langkah itu diambil selepas melihat kadar pematuhan tinggi.

“Sejak dua minggu lalu kawalan SJR memang diperketatkan dan pergerakan pengguna jalan raya disekat…

“Bagaimanapun, minggu ini kita beri sedikit kelonggaran dan ada SJR ditutup di kawasan yang menjadi tumpuan pekerja perkhidmatan perlu seperti di pusat bandar,” katanya.

Datuk Hazani Ghazali…

Tambah beliau kebanyakkan SJR khususnya di kawasan kampung dan sempadan daerah kini sudah tiada.

“Namun ini bukan bermakna prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada juga dilonggarkan,” tegas beliau.

Hazani juga menafi tindakan ini berkait dengan arahan Kerajaan Negeri dalam melonggarkan SOP seperti ‘dine-in’ baru-baru ini.

“Hal ini berkenaan kesiapsiagaan anggota dan kebebasan pergerakan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang,” kata beliau.