6 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KG. PANJI

6 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KG. PANJI

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Sebanyak ENAM (6) buah rumah setinggan dan sebuah kedai runcit musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Panji Semporna, kelmarin petang.

Memetik berita yang disiarkan oleh RTM, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.07 petang yang kemudiannya mengerahkan segera pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Semporna ke lokasi kejadian.

Operasi menyelamat itu diketuai oleh Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba Fazizul Hizam Borhan dengan kekuatan 6 orang anggota yang menggunakan kekuatan logistik sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti bomba.

Sumber foto dipetik daripada ihsan warganet…

Gerakan tersebut turut dibantu oleh Pasukan BBP Atas Air, Semporna dengan kekuatan 14 orang anggota, menggunakan sebuah bot Aluminium, sebuah bot Kevlar dan juga turut dibantu oleh pasukan BBP Kunak dengan 7 orang anggota, sebuah jentera kecemasan FRT serta sebuah jentera EMRS.

Menurut Komander Operasi Fazizul Hizam Borhan, kebakaran melibatkan enam buah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kedai
runcit jenis tidak kekal masing-masing terbakar sepenuhnya 100 peratus (100%) dengan anggaran keluasan kebakaran 0.2 ekar.

Sumber foto dipetik daripada ihsan warganet…

Menurutnya lagi, operasi terkawal kira-kira jam 7.54 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 9.30 malam.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Sementara itu, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Zon Tawau.