PAPAR, SABAH – Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah menjadi persinggahan (pit stop) pertama pada hari kedua KMJG 2024.
Persembahan Silat Gerak Hanafi oleh sembilan murid Tingkatan 5 dan 6 SMAN menyambut peserta konvoi setibanya di Dewan Ar-Rahmah.
Pengetuanya, Maskupah Awang Limuddin bersama lebih 500 warga sekolah hadir bagi meraikan ketibaan Konvoi KMJG 2024 di perhentian pertama tersebut.
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa mengetuai konvoi hari kedua KMJG 2024 yang disertai oleh 60 orang peserta dari 14 agensi. — JABATAN PENERANGAN SABAH