Konvoi KMJG 2024 Singgah di Masjid Nurul Hidayah Bongawan

Konvoi KMJG 2024 Singgah di Masjid Nurul Hidayah Bongawan

0
SHARE
Kmjg

MEMBAKUT, SABAH – Lapan belas buah kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 memenuhi sebahagian besar ruang parkir Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan dekat sini, semalam.

Persinggahan itu bagi membolehkan para peserta konvoi menunaikan Solat Jumaat serta solat fardhu Zohor sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Bangunan Pejabat Persekutuan Beaufort pada jam dua petang.

Siri penjelajahan konvoi yang masuk hari kedua hari ini merentasi Daerah Papar, Beaufort dan Membakut disertai 18 jabatan serta agensi dengan kekuatan 60 orang.

Konvoi KMJG 2024 merupakan program tahunan Jabatan Penerangan Negeri Sabah dengan kerjasama pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan pada tahun ini, pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 1 Ogos lalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH