SMK Kudat Bawa Pulang Emas Dan Perak Dari WYSII2024

SMK Kudat Bawa Pulang Emas Dan Perak Dari WYSII2024

0
SHARE

KOTA KINABALU: SMK Kudat pulang dengan pingat emas dan perak selepas menghantar dua pasukan ke World Youth STEM Invention Innovation 2024 (WYSII2024).

Pertandingan tersebut diadakan di International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Ciptaan pasukan KIK JUNIOR SMATIM menghasilkan produk “NIOR” iaitu penghalau serangga organik dalam bentuk cecair daripada daun pokok semambu atau Azadirachta indica (Neem), dibimbing oleh Cikgu Ramesh Kumar Muniandy ya g berjaya memperolehi pingat emas.

Pasukan SHANI GROUP pula memenangi pingat perak dengan produk ciptaan inovasi ‘BIOJADE’ iaitu penghalau nyamuk mesra alam yang mengandungi 3 jenis daun iaitu Mugwort, serai dan kayu putih yang dibimbing oleh Cikgu Thin Lee Ling.

Pengetua sekolah Azlan Saflie mengucapkan terima kasih kepada kumpulan MYSO sebagai penganjur dan semua rakan strategik yang terlibat.

“Peluang dan platform yang disediakan amatlah bermakna bagi sekolah kami.

“Kemenjadian pelajar merasai pengalaman ini dan guru pembimbing yang telah berusaha gigih mencipta sejarah inovasi SMK Kudat, terima kasih lagi.

“Banyak kami pelajari, terutamanya semangat untuk teruskan memberi pengalaman terbaik pada tahun hadapan,” katanya.