Landasan Rosak Teruk Punca Perkhidmatan Kereta Api Laluan Tenom-Pangi Ditutup Sementara Waktu

Landasan Rosak Teruk Punca Perkhidmatan Kereta Api Laluan Tenom-Pangi Ditutup Sementara Waktu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perkhidmatan kereta api bagi laluan Tenom-Pangi dan Rayoh ditutup buat sementara waktu kerana kerosakan teruk pada landasan akibat banjir berikutan hujan lebat melanda kawasan tersebut pada 20 hingga 23 Mei lepas.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata operasi perkhidmatan bagi laluan berkenaan akan mengambil masa untuk dipulihkan.

Katanya beberapa keroskan besar ditemui antara landasan dan batu di landasan dihanyutkan banjir, tanah dan tebing runtuh di KM 114 Rayoh KM124 dan KM130 Pangi.

Dato Sri Bung Moktar Radin…

“Kerja-kerja kecemasan bagi membaiki landasan tersebut sedang berjalan dan dijangkakan siap dalam tempoh 2 bulan…

“Bagaimanapun kita berharap kontrator pelaksana akan dapat membuat kerja memindahkan (realigment) landasan sementara dapat dilaksanakan dengan segara agar perkhidmatan seperti biasa dapat diadakan,” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas rungutan penduduk khususnya di Pangi yang tular di media sosial sehingga terpaksa menggunakan troli haram atau “troli motosikal” sebagai kenderaan mereka keluar ke pekan Tenom untuk membeli keperluan atau menjual hasil tanaman mereka.

 

Tular penduduk di Pangi yang terpaksa menggunakan troli haram atau “troli motosikal” sebagai kenderaan mereka keluar ke pekan Tenom untuk membeli keperluan asas dan menjual hasil tanaman…

Menurut Bung bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) telah menyediakan Troli Pemeriksaan “Inspection Troli” (IT) sebuah di Rayoh dan sebuah lagi di Pangi bagi menggantikan perkhidmatan keretapi penumpang.

“Hanya troli pemeriksaan (Inspection Troli) sahaja yang boleh melalui kawasan landasan yang rosak dari tempat asal ke KM135 sebelum menaiki DMU dari KM135 hingga ke Tenom,” jelas Bung.

Tambah Bung troli tersebut berkapasiti enam (6) hingga lapan (8) orang penumpang sahaja dan bersedia sebagai pengangkutan penduduk bagi kes-kes kecemasan 24 jam.

“Orang ramai di kawasan terlibat boleh berhubung dengan JKNS sekiranya berlaku kecemasan…

“JKNS sedang berusaha untuk menambah bilangan inspection troli ini di kawasan terjejas dan ianya beroperasi mengikut jadual perkhidamatan sedia kala kereta api Rayoh-Tenom dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” Tambah Bung.

Sehubungan dengan itu Bung berharap penduduk yang terlibat bersabar kerana bencana alam sukar dijangka namun JKNS sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki landasan agar perkhimdatan kereta api pulih seperti sediakala.